Khamis, 31 Januari 2013

Hadiah Malam Jumaat


(Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamek untuk mengerjakan solat subuh.

Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan manfaat dan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. “Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?” tanya Salih Al Mazy. “Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi ?” tanya pemuda itu.
“Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?” tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga.

Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata quot;wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.”

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. “Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.” Kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.

“Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup.” Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan
sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

“Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.” “Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.” katanya lagi.

“Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?” tanya Al Maizy. “Ya, Tahu.” “Apa tandanya ?” “Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata “Selamat, selamat pada hari yang baik ini, iakni hari Jumaat.”

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

Wallahualam ...

Rabu, 30 Januari 2013

Kisah Sebenar Disebalik Runtuhan Struktur Ayah Pin




Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama..



Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin




Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin



Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.



Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.



Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.



Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.



Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.



Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.



Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.



Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.



Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.



Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.



Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.



Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.



Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.



Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.





Hj. Lokman
19 November 2010

Selasa, 29 Januari 2013

Bagaimana bila Ajal Tiba

Peringatan penting wahai Saudaraku seagama…. !!

Wahai orang yang memperhatikan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :


قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“ Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. ”( At-Tahrim : 6 )

Inilah peringatan dari orang yang mencintaimu, rindu kepadamu, bacalah dengan pandangan yang adil, jauh dari hawa nafsu, fikirkanlah dimanakah posisimu ?

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman ,untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan pada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) ” (Al Hadid : 16 )

Ingatlah wahai saudaraku, keadaanmu di saat engkau merasakan pedihnya sakaratul maut, yang pada saat menghadapinya Rasulullah Shallallahu ’Alaihi wa Aalihi Wasallam sebagai makhluk yang paling dicintai Allah bersabda : “ Tiada Ilaah yang berhak disembah selain Allah , sesungguhnya dalam kematian itu terdapat rasa kesakitan. “ (H.R. Bukhari)

Bayangkan wahai saudaraku, engkau berada di hadapan kematian ini. Malaikat Maut tepat berada di atas kepalamu. Nafasmu tersengal, nyawamu meregang, mulutmu terkunci, anggota badanmu lemas, lehermu berkeringat, matamu terbelalak, pintu taubat telah tertutup untukmu, dahimu berkeringat, di sekitarmu penuh dengan tangisan dan suara rintihan, sedang engkau dalam kesedihan yang mendalam, tiada yang dapat menyelamatkan dan menghindarkanmu darinya.

Engkau saksikan peristiwa mengerikan tersebut setelah sebelumnya kenikmatan dan kesenangan yang kamu rasakan. Telah datang kepadamu ketentuan Allah , lalu nyawamu diangkat ke langit. Kebahagiaan atau kesengsaraankah yang engkau peroleh ?

Cukuplah kematian sebagai nasihat, cukuplah kematian menjadikan hati bersedih, menjadikan mata menangis, perpisahan dengan orang-orang tercinta,penghilang segala kenikmatan, pemutus segala cita-cita.

Nasihat untuk Ahli Maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”


Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.

empat perkara jika diamalkan
istimewa di syurga menanti
mahligai permai telah dijanjikan
sejahtera di syurga menanti





Ahad, 27 Januari 2013

Tentera Fisabililah

Sejarah ringkas baiah tentera fisabilillah:


Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan perbuatan sunnah Nabi S.A.W.

1) BAI’AH ‘AQABAH

Sebelum berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji 620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan Ismail) beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam dari sana.

Sumpah setia mereka ini dinamakan “bai’ah” dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang bernama ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan “bai’ah ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.

Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :
Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan mereka.

Gejala hidup mereka yang merupakan keganasan, membunuh sesama manusia, membunuh anak perempuan yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan mungkar lainnya haruslah ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan seorang muslim. Segala kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini adalah ibu segala dosa dan punca kepada kehancuran manusia di dunia ini. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka supaya apa yang mereka ikrarkan itu hendaklah direalisasikan dan diamalkan dalam kehidupan mereka, dan mengingkarinya merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dunia. Sekiranya dilakukannya secara rahsia, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk membalasnya di akhirat nanti.

Sumpah taat setia seperti yang tercatat di atas adalah merupakan bai’ah pertama antara Muslimin Madinah dengan Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini, maka kaum Ansar itu pun berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama mereka ke Madinah dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat Madinah bagi memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci al-Quran. Utusan yang dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau juga ditugaskan untuk menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di Madinah.

Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke Makkah setahun kemudian iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah terhadap Islam. Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan ketibaan rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu sebagai rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.

2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA
Tiba masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.

Satu kelainan dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah SAW supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Khazraj dan Aus.

Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :
“Kamu selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam, sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin Makkah).”

Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa ini disebut sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah yang terbesar.


3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)
Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:
Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”
Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan....

Perang Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini."

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah Al-Anfal 8:9)

Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.

Sabtu, 26 Januari 2013

Cerita Sedih - Anak Derhaka

anak--> mak nak duit.

mak--> maaf nak,mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.

anak--> kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak dok umah sewa lagi. dah la sempit, tak best.


mak--> bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untuk membeli rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.

anak--> arghhh alasan semua tu...kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la... pemalas. tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.

emak--> jangan cakap macam tu nak. tak baik. kesian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..

anak--> ayah takkan dengar punya.. dia kan dah takda...tu la dulu hidup banyak nyusahkan orang...dah mati pun nyusahkan orang...

emak--> nak tahu kenapa ayah kamu ninggal?

anak--> alaa mesti kes jenayah la tu.

emak--> yer ayah kamu ada buat salah.. tapi bukan kesalahan jenayah. kesalahan ayah kamu ialah dia sanggup memindahkan sebahagian hatinya untuk kamu. dan bayaran yang digunakan untuk menjalani pembedahan itu menggunakan wang untuk membeli rumah. dia telah mengalami komplikasi serius akibat kehilangan darah yang mendadak. dia lakukan semata mata untuk melihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu dapat berjalan semula dan ketawa menghiburkan hatinya. dia tak fikirkan masa depannya, dia hanya fikirkan masa depan anaknya. sebelum meninggal ayah kamu ada berpesan "mah, andai abang pergi dahulu, abang harap mah jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. berilah dia kasih sayang yang berhak dia dapat. mah, abang rasa masa abang dah sampai. halalkan segala galanya mah. abang banyak buat salah kat mah. abang tak dpat jadi suami yang sempurna untuk mah. namun abang tinggalkan mah dengan zuriat yang mampu menemani mah ketika abang tiada. mah, abang sakit ni. sakit mah... tapi abang sanggup menahannya untuk anak abang."

anak--> mak ckap apa ni?

emak--> buka la belakang jam peninggalan ayah kamu yang kamu pakai tu... ingat tak dulu kamu begitu suka dengan jam itu kerana jam itu sebagai penganti ayah kamu. kamu yang berkata begitu kan? nah sekarang buka lah belakang jam tu.

anak--> ada nota..."anak ku, andai kamu telah membaca surat ini, ketahuilah akan dikau ayah telah lama berada dalam hatimu... kasih ayah padamu tiada berakhirnya...ayah tunggumu di syurga... jaga la emakmu sepemergian ayah ini...anakku sayang..."

emak--> inilah orang yang kamu benci sebenarnya berada dalam hati kamu sendiri..

anak-->emak ampunkan dosa saya mak....ayah maafkan saya ayah...ya Allah tempatkanlah ayahku ditempat orang orang yang Engkau redhai...mak mulai sekarang saya akan membela hidup kita sekeluarga..

emak--> alhamdulillah..syukur kepada Allah..

~sesapa yang punya ibu dan ayah lagi, berbuat baiklah kepada mereka... kepada yang dah kehilangan mereka...sentiasalah memohon doa kepada Allah untuk mereka...

Jumaat, 25 Januari 2013

Cinta hingga ke Syurga

B : Awak buat ape tuh?
G : Tak, ade buat pape.
B : Awak sehat? Get ready lagi stu bulan kita nak di ijabkabul. Amin InsyaAllah.
G : Betul ke? Alhamdulillah amin.
B : Terima kasih awak sudi tunggu saya, saya terharu dah 12 tahun saya bersama awak kenali awak. Now, saya nak awak dengan halalnya.

G : Thanks awak *nangis*

Sehari sebelum dijab kabul , G masuk hospital kerana mendapati mendapat kanser hati yang teruk sekali. Terlambat untuk diselamatkan. B pergi ke unit rawatan rapi ICU melihat bakal isterinya terlantar tanpa kata. Bibirnya pucat, kuyu mukanya, badan dah nak naik puteh kebiruan. B mendekati G duduk sisi katil G. G seolah-olah ingin bercakap tetapi tak boleh. B buat pertama kalinya menangs untuk perempun bakal miliknya. Keluarga menangis sebak melihat keadaan G dn B.

B : Awak, kuat kan semangat tolonglah awak. Saya mohon. Makcik, pakcik saya mohon waktu sekarang saya ingin menikah dengan anak makcik dan pakcik.
M : Baiklah makcik izinkan.
B : Awak, kita menikah ea. Selagi kita x bernikah, macam mane saya nak sapukan air mata awak dengan tpak tngan saya sendri.

Tok kadi smpai di ICU...

Aku terima nikahnya…….

B mengucup umbun-umbun isterinya penuh syahdu, apabila B melihat G mengalirkan air matanya dan tiada lagi nafas untuknya. B hanya mampu menahan sebak yang amat sangat. B mengucapkan 2 kalimah syahadah kepada isterinya. B berbisik kepada isterinya “Sayang, kita dah kahwin sayang. Terima kasih isteriku, tunggu abang di pintu syurga ya sayang. Sayang anugerah terindah abang di dunia ini. Sayang, lain kali jangan rahsiakan penyakit sayang ok nnti abang merajuk dengan sayang tau, assalamualaikum cinta sejatiku" B kucup dahi isterinya dan tangan..
Sedih gila :'(

Rabu, 23 Januari 2013

Orang yang mendapat doa malaikat

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Isnin, 21 Januari 2013

Apabila Sangkakala Ditiup..


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala, yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Ahad, 20 Januari 2013

70 Tahun Berdo'a



Ada seorang kakek yang tinggal di India. Umurnya sudah lebih dari 70 th.

Sepanjang hidupnya selama 70 th itu, ia gunakan untuk menyembah berhala dari batu. Setiap hari ia begitu taat menyembah tuhannya itu.


Suatu ketika, kakek ini punya suatu keinginan. Ia pun kemudian mendatangi tuhannya seraya memohon agar doa‘nya dapat dikabulkan.

“Oh, tuhanku Latta. Oh tuhanku Uzza. Tujuh puluh tahun aku terus menerus menyembahmu. Selama itu, tak ada sesuatupun yang aku mohonkan kepadamu. Sekarang, aku ada permohonan kepadamu. Mohon, kabulkanlah permohonanku ini”.

Kakek itu memohon sambil merengek-rengek kepada Latta dan Uzza kiranya doa‘nya dapat dikabulkan. Demikian seterusnya dia lakukan. Setelah sampai tujuh puluh kali doa‘ itu ia panjatkan, tak ada sedikitpun pengabulan dari berhala tuhannya yang ia peroleh. Maka kakek itu sedih sekali dan akhirnya putus asa.

Dalam keputusasaannya itu, ternyata Allah SWT memberi hidayah kepada kakek. Hati sang kakek dilapangkan oleh Allah, dan sang kakek segera sadar akan kekeliruannya selama ini.
Gantilah kakek itu berdoa‘ kepada Allah SWT . “ Ya Allah SWT, baru sekarang aku menghadap-Mu. Aku
memohon sesuatu kepada-Mu. Kabulkanlah, ya Allah SWT, permohonanku ini “. Selesai kakek itu bermunajat kepada Allah SWT, maka sesaat kemudian ia mendengar jawban dari Allah SWT.

“ Wahai hamba-Ku, mintalah kamu kepada-Ku, niscaya Aku akan memberimu “.

Waktu para malaikat mendengar jawaban yang diberikan Allah SWT kepada sang kakek, maka gemparlah para malaikat. “ Ya Allah SWT, tujuh puluh tahun lamanya orang itu musyrik dan menyembah berhala. Dan telah tujuh puluh kali pula ia telah memohon kepada berhalanya agar dikabulkan permohonannya, namun itu tidak terjadi. Sekarang, ia baru sekali saja berdoa` kepada-Mu, mengapa Engkau kabulkan permohonannya itu ?”
Mendengar pertanyaan para malaikat itu, maka Allah SWT segera memberi penjelasan.

“ Wahai para malaikat, jika berhala yang benda mati itu tidak bisa mengabulkan permohonannya dan Aku-pun juga tidak, lalu dimana letak perbedaannya antara Aku dan berhala itu ?”

Sabtu, 19 Januari 2013

Nama Syaitan dalam Al Fatihah

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH
KERANA 'NAMA SYAITAN' DALAM AL-FATIHAH

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang
wujud di dalam Al-Fatihah , sekiranya kita tidak

berhati-hati .
NAMA² SYAITAN :

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sa
bdu) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya
HI ROB
3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI
YAU
4) KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya
KA NA’K
5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya
KANAS
6) SIROTHOLLAZ sehingga habis hendaklah dibaca
tanpa henti
7) AMIN ...... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah
dengan betul iaitu AA ……dua harakat , MIN …. 3
harakat

SILA SHARE UNTUK KEBAIKAN BERSAMA, SEMOGA
MENDAPAT MANFAAT

‎70 Dosa Besar.



01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi

04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melalukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

. Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa yang ku lakukan ini.
Jom solat taubat! Sesungguhnya Allah maha menerima taubat hambanya yang benar-benar ingin bertaubat kerananya sebab mati tanpa diundang, ia akan berlalu bila-bila masa tanpa kita sedar. MasyaAllah! :')

Jumaat, 18 Januari 2013

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pak Cik



Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.


Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna: Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”

Teruna : ” : )”

Gadis : “Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan”

Rabu, 16 Januari 2013

Wedding oh the Year




Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photograp
hy dan Artmosphere Photography mengenai Majlis Perkahwinan Ustaz Don & Husna :

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

p/s : Apa yang boleh anda katakan? ^^


Selasa, 15 Januari 2013

‎___Cinta Menurut Qur'an_____



Dalam sebuah literatur, cinta menurut Qur'an
mempunyai pengertian sebagai berikut:

1.Cinta Mawaddah

Cinta yang menggebu...maunya berduaan terus..sepiring berdua..segubuk berdua..sebangku berdua..sungguh cinta yang menggemaskan...dunaia milik berdua yang lain ngontrak...enggan untuk berpisah..kalau berpisah bikin patah hati..ia selalu ingin monopoli cintanya..dan selalu ingin meemuaskan dahaga cintanya...

2.Cinta Rahman

Cinta yang penuh kasih sayang...jenis cinta yang lembut..mampu berkorban dengan ikhlas kepada yang dicintainya itu..meskipun ia menderita tak jadi masalah jika yang dicintainya itu bahagia..sukses...ia menerima kekurangan kekasih hatinya dan selalu memaafkan kesalahannya...suami isteri yang di lingkupi cinta mawaddah wa rohmah akan setia lahir batin dunia akhirat...

3. Cinta Mail
Cinta yang sementara...biasanya sangat panas membara he he...sehingga seluruh perhatiannya tercurah kepada yang dicintainya itu....dalam kontek ini adalah orang yang suka terhadap yang lebih segar..lebih muda..lebih cantik..rumput tetangga lebih indah daripada rumput sendiri...cenderung mengabaikan yang dicintai sebelumnya...cinta mata keranjang..

4. Cinta Syaghaf

Cinta yang sangat medalam..alami...asli tanpa dibuat-buat...dan memabukkan......orang yang terkena cinta ini seperti orang gila..gila cinta...lupa diri...dan hampir-hampir tidak menyadari apa yang dilakukannya...seperti cintanya Zulaikho dengan nabi Yusuf as..

5. Cinta Ra'fah

Yaitu cinta yang mengalahkan norma-norma kebenaran...misalnya tidak tega membangunkan anak untuk sholat...sehingga kita tidak menegakkan hukum Allah karena tidak tega...

6. Cinta Shobwah

Cinta buta..yang mendorong pelakunya untuk menyimpang dari hukum Allah tanpa sanggup menolak...seperti kisah yusuf as..jika yusuf as tidak memilih penjara mungkin juga akan tergelincir nafsu juga..

Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh". (QS. Yusuf 12:33)

7. Cinta Syauq

Cinta yang merindu...seperti kerinduan kepada wajah Robbnya...seperti yang di nukilkan dalam QS. Al Ankabut ayat 5, Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui....
Sehinggga ada doa seperti ini:

"wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika"

Aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.(HR.AHMAD)

8. Cinta Kulfah

Cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positif meskipun sulit...seperti orang tua yang mendidik anaknya menyuruh bersih-bersih kamar sendiri meski ada pembantu...cinta seperti ini Allah tidak membebani seseorang kecuali menurut dengan kemampuannya....La yukallifullah nafsan illa wus'aha (Al Baqarah 2:286)

HIDUP...CINTA...dan KEINDAHAN adalah tiga unsur yang menyatu...tak terpisahkan...maupun tak tergantikan.....oleh yang lainnya...

Allahumma inni asaluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala aladzi yubalighuni ilaa hubbika...Allahummaj’al habbaka ahabbu ilayya min nafsii wa ahlii waminal maa'il baarid

“Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai melebihi cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin.” ( HR. Tirmidzi)

Aminn..........

Isnin, 14 Januari 2013

Malaikat dan tiga lelaki cacat



ada tiga lelaki bertemu, semuanya cacat.

lelaki pertama, kena penyakit belang; kulitnya dipenuhi bercak-bercak putih.

lelaki kedua, bota; kepalanya tidak ditumbuhi rambut sehalaipun.

lelaki ketiga, buta; kedua matanya tidak bisa melihat apa-apa.

lelaki pertama terkena penyakit belang, berdoa kepada ALLAH : "ya ALLAH, ya Tuhanku, sembuhkanlah aku dari penyakit belang yang menutupi kulitku dan membuat buruk rupaku serta bentuk ini."

lelaki botak tak mau kalah, dia menengadahkan kedua tangannya kelangit dan berdoa : "ya ALLAH, ya Tuhanku, sembuhkanlah diriku ini dari penyakit botak ini. tumbuhkanlah rambutku di atas kepalaku sebagaimana manusia pada umumnya."

tak ketinggalan, lelaki buta juga berdoa : "ya ALLAH, ya Tuhanku, sembuhkanlah diriku dari kebutaan dqan jadikanlah mataku bisa melihat sebagaimana manusia lainnya."

pada waktu doa itu dipanjatkan, ada malaikat turun dari langit. Malaikat itu menjelma dalam bentuk seorang lelaki yang berwajah tampan bercahaya. dia di utus oleh ALLAH untuk menguji ketiga lelaki tadi.

lalu, sang Malaikat mendekati ketiga lelaki tersebut. dia menanyai mereka satu per satu, ihwal apa saja yang mereka pinta, serta harta apa yang paling mereka sukai.

lelaki berkulit belang menjawab ; "aku minta tubuhku berbentuk indah dan berkulit bersih mulus. harta yang aku sukai adalah unta.

lelaki botak berkata : "kalau aku, minta rambut lebat dan hitam, yang membuat indah kepalaku. sedangkan harta yang paling aku inginkan adalah sapi."

lelaki buta menyahut ; "adapun aku, aku berharap ALLAH berkenan menyembuhkan mataku dan mengembalikan penglihatanku. harta yang aku sukai adalah kambing."

setelah mendengar semua itu, Malaikat mengusap kulit si belang dengan tangannya. seketika itu juga, kulitnya berubah menjadi indah seperti yang ia minta. lelaki itu juga mendapatkan seekor unta yang sedang hamil tua.

lalu Malaikat mengusap kepala si botak. tiba-tiba, rambut yang hitam lebat telah menghiasai kepala yang tadinya botak. lantas, Malaikat itu memberinya seekor sapi yang sedang hamil tua.

terakhir, sang Malaikat mengusap mata si buta. mata itu sembuh dasn bisa meloihat seketika. lalu, Malaikat itu juga memberikan seekor kambing yang hamil tua.

*********************************************************************************************

waktu terus bergulir. hari-hari telah berlalu, dan tahun telah berganti. ketiga lelaki itu hidup dalam kemakmuran dan kecukupan. mereka semua menjadi orang kaya yang terpandang dan di hormati orang.

lelaki pertama memiliki ratusan unta.

lelaki kedua memiliki sapi yang sudah beranak pinak yang tak terhitung jumlahnya.

lelaki ketiga memiliki kandang kambing yang banyak jumlahnya.

ALLAH ingin menguji ketiga lelaki itu. dan mengirim kembali Malaikat yang dulu pernah dikirim untuk menyembuhkan mereka. kali Malaikat itu menjelma sebagai lelaki yang miskin, pakaiannya kumuh dan compang camping.

mula-mula Malaikait itu pergi menemui lelaki pertama dan berkata ; "aku minta kepadamu dengan nama ALLAH yang memberimu tubuh indah dan harta melimpah, aku minta engkau berkenan memberiku bekal untuk melanjutkan perjalanan."

lelaki pertama itu menjawab ; "ini hartaku, aku warisi dari kakekku. aku banyak urusan. pergilah, tak ada bagian untuk pengemis kumuh dan pemalas sepertimu."

Malaikat itu pun pergi meninggalkan lelaki pertama dan beranjak menuju lelaki kedua dan berkata ; "aku minta kepadmu dengan nama ALLAH yang memberimu rambut yang indah dan harta yang banyak. sudilah sekiranya kau membantu saudaramu yang miskin ini dengan sedikit kenikmatan yang ada padamu?"

leolaki kedua menjawab ; "aku warisi harta ini dari nenek moyangku. pergilah kau dari sini wahai pengemis gembel!"

Malaikat itu piun pergi meninggalkan lelaki kedua dan pergi menuju ke lelaki ketiga.

setelah bertemu, Malaikat itu berkata ; "aku minta kepadamu dengan nama ALLAH yang telah memberimu penglihatan untuk meloihat keindahan alam ini. berilah aku seekor kambing dari yang kau miliki agar aku bisa meminum susunya dalam perjalananku."

lelaki ketiga menjawab ; "ya, aku dulu ini buta dan ALLAH telah mengembalikan pandangan penglihatanku. sebagai rasa syukurku, ambillah berapa kambing yang kau suka dan sisakan sebagian. demi ALLAH aku tidak akan menghalangimu untuk ikut menikmati rezeki yang telah dikaruniakan ALLAH kepadaku."

Malaikat itu lalu berkata, "hartamu akan tetap menjadi milikmu. ALLAH telah menguji kalian bertiga. ALLAH memberikan ridho-NYA padamu, karena kamu mau mensyukuri nikmat dan mau menyedekahkan sebagian rezeki yang diberikan ALLAH padamu. namun, ALLAH murka pada dua temanmu yang mengingkari nikmat-NYA dan tidak mau bersedekah. kini, mereka berdua kembali seperti sedia kala, yang satu kulitnya kembali belang dan hartanya musnah dilahap api. dan yang satu lagi kembali menjadi botak dan hartanya lenyap ditelan bumi."

".....sesungguhnya jika kamu b ersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat padamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-KU, maka sesungguhnya azabKU sangatlah pedih."(QS. Ibrahim [14] : 7)

Ahad, 13 Januari 2013

Tips Menyembuhkan Mata RABUN


Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:


• Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

• Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali
.
• Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:

"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

• Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

• Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allahsihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

p/s : insyaallah sembuhlah nanti..

Sabtu, 12 Januari 2013

Nasihat Luqman Al-Hakim~




"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan badah, dan hilanglah pula ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

...

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang mengurus jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para Nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu.
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Luqman Al-Hakim bukanlah seorang nabi ataupun rasul tetapi kehidupannya di abadikan dalam Al-Quran kerana kehidupan Luqman Al-Hakim penuh dengan hikmah dan kebaikan~



Jumaat, 11 Januari 2013

HELLO @ SaLaM .... Yang mana satu ???



.. disini ad sedikit perkongsian....

Bismillah: Bagaimana anda memulakan ucapan anda di Telipon. Adakah dengan Hello atau dengan Salam?

Kalau salam, Al-Hamdulillah. Kalau "hello", maka adakah anda mengetahui maksud "hello" ?

"Hello" adalah singkatan dari dua perkataan "Hell Ooo". Yang bermaksud juga "Wahai Ahli Neraka".

Bukankah suatu yang menggerunkan jika ada orang mengatakan kepada kita, "Wahai Ahli Neraka".

Sebutan ini hanya diluahkan oleh syaitan yang mahu mengajak manusia dan syaitan-syaitan yang lain masuk neraka bersama mereka.

Yang hairannya bagaimanakah mula perkataan ini wujud dan menjadi adat kita pula untuk menjawab dan memulakan ucapan di dalam telipon? Yang lebih pelik lagi ialah kita tidak menyedari sama sekali perkara ini.

Kalau sekiranya ada dapat sharekan perkara ini kepada sesiapa ianya akan memberikan manfaat kepada kita semua.

Bahkan jika ada sesiapa yang menyebutkannya di telipon, maka ajarkan ia atau jika tidak dapat di ajar, maka berdoalah untuk diri kita dan untuk orang itu supaya kita tidak menjadi Ahli Neraka.

Namun sebagaimana anda tahu. Bahawasanya syaitan sentiasa mahu mengelirukan manusia dengan hujjah-hujjahnya. Saya ingin menambah hujjah saya bahawa dalam bahasa jerman, Hell disebut dengan perkataan "Holle", Dalam bahasa Belanda dan Afrikan di sebut dengan "hel".

Perkataan oo pula bermakna wahai. Ia selalu dipakai dalam bahasa lama. Lihat terjemahan Qur'an berbahasa Inggeris di dalam internet.

Jangan mudah terperdaya dengan penerangan orang barat. Banyak perkara yang sudah mereka selewengkan. Dari yang kecil hingga kepada yang besar-besar. Berkemungkinan besar bahasa-bahasa yang dimasukkan itu sebenarnya berasal dari perkataan "hello" dalam bahasa ingeris ini. Kerana di negeri Arab seperti Mesir sendiri, mereka menggunakan perkataan "allu" dan di nusantara kita selalu mendengar orang mengatakan "helo" atau "elo"

Tetapi sebenarnya asalnya ialah "HELLO".

Ya Allah. Hindarkanlah kami dari Api Neraka. Amin.

Khamis, 10 Januari 2013

Taubat Tukang Fitnah




Ada seorang tukang fitnah yang jatuh cinta kepada seorang gadis tetangganya. Suatu hari, keluarga gadis itu mengutusnya ke kampung lain untuk suatu keperluan. Mengetahui hal itu si tukang fitnah pun mengikutinya, lalu melontarkan bujuk rayunya kepada wanita itu.

Gadis itu berkata, "Jangan kau lakukan ini! Sebenarnya cintaku padamu melebihi cintamu kepada-ku, akan tetapi aku takut kepada Allah SWT”. Laki-laki itu berkata, "Kau takut pada Allah, sementara aku tidak takut kepadaNya?" Akhirnya laki-laki itu pulang dengan perasaan penuh tobat kepada Allah SWT. Dalam per-jalanannya ia didera rasa haus yang mencekik tenggorokannya. Dalam kondisi kritis itu tiba-tiba dia bertemu dengan utusan dari seorang nabi Bani Israil dan ditanya, "Mengapa kau ini?".


"Haus," jawabnya. Utusan itu berkata, "Ke sinilah, kita berdoa kepada Allah agar awan menaungi kita hingga sampai tujuan". Laki-laki tukang fitnah itu berkata, "Aku tidak mempunyai amal kebajikan". Utusan nabi itu berkata, "Aku yang berdoa dan engkau tinggal mengamini".

Berdoalah utusan itu dan si tukang fitnah mengaminkannya. Tidak lama kemudian datang awan menaungi mereka hingga mereka tiba di kampung tujuan. Setelah sampai, si tukang fitnah memasuki rumahnya, sedangkan awan itu mengikutinya. Sebelum utusan itu pulang dia berkata, "Engkau telah mengaku tidak mempunyai amal kebajikan, padahal ketika aku berdoa dan engkau mengamin kannya, serta merta awan itu menaungi kita, kemudian aku mengikutimu agar engkau memberitahuku apa sebenarnya yang telah terjadi denganmu". Lalu tukang fitnah menceritakan kisahnya kepada utusan itu. Maka berkatalah utusan nabi itu, "Orang bertobat kepada Allah mendapat kedudukan yang dimana tidak ada seorangpun menyamai kedudukannya"

Rabu, 9 Januari 2013

Lelaki yang Baik untuk Perempuan Yang Baik

Wanita 1: sayang, u cintakan i?
Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i..
Wanita1: betul?
Lelaki: ye sayang, I tak tipu.
Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..

... ... Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane?
Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u
Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?
Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je.

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u?
Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i?
Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u
Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA2

Lelaki: sayang. . . I love u so much. .
Wanita2: me 2 sayang. .
Lelaki: I bertuah kawen dengan u.
Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u
Lelaki: apedia sayang?
Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan?
Lelaki: WHAT??????????????????

Ahahaha..moralnya setiap perbuatan yang tak baik kita akan mendapat balasannya kalau tak di akhirat, di duna juga kita akan mendapat bayaran cash..! so sendrik mau ingat .. tbaek

Selasa, 8 Januari 2013

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...