Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.
Benarlah kata pujangga,”sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.”
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta ALLAH SWT.
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat.
Tetapi percayalah… kita tetap ada ALLAH SWT. !
Maksud firman ALLAH dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, ALLAH-lah yang lebih mengetahui.”
Jika masih ada iman bersemi di dada. kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!”
Pujuklah hati dengan apa yang telah ALLAH tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan ALLAH. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta.
Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan ALLAH. Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada ALLAH secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera.
Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta ALLAH itulah yang sejati. Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.”
Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan.
Jadi jangan bersedih kerana cinta yang tidak terbalas, atau kerana putus cinta dengan manusia, motivate diri, cintai ALLAH SWT,Rasulullah SAW first !
“SESUNGGUHNYA ORANG YANG BERKALI-KALI GAGAL BERCINTA, PADA SUATU SAAT AKAN BERTEMU JUA..CINTA SEJATI YANG DITUNGGUNYA ! ” ^__^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan