Jumaat, 5 Oktober 2012

Antara Maruah & Gambar Pakwe Mung


Gambar muka sendiri diedit cantik dan dipamerkan. Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang.

Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya.

Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan?

Wahai muslimah, sedarkah anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri.

Wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan ALLAH. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita. Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan..

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.Bila dapat teman lelaki baru, mulalah gambar2 baru di letak,terbuai lagi dengan maksiat~

Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Buang lah kesemua gambar teman lelaki anda kerana tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Dalam diri kita ada kecintaan kepada Islam.

Dan mudah-mudahan, ia mampu menyuntik sedikit kesedaran.

Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Tuhan.

Moga ALLAH memberi kekuatan untuk melakukan perubahan. :)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...