Jumaat, 5 Oktober 2012

Doa Mereka Untuk Kita

Istimewanya Islam ialah kita bukan sahaja mendoakan diri sendiri bahkan kita boleh mendoakan orang lain, sebagaimana makhluk2 Allah turut mendoakan orang yang beriman. Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah makbul sebagaimana sabda Rasullah SAW:


Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya ‘Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu’ (Riwayat Muslim)


Antara orang yang mungkin sering mendoakan kita ialah:

1 Ibu Bapa
2 Orang lemah yang pernah kita bantu
3 Anak2 yatim
4 Sahabat2 seperjuangan dalam ilmu dan agama (contohnya doa umat Islam untuk penduduk Palestin)
5 Guru yang berkongsi ilmu dengan kita dan mengenalkan kepada dunia
6 Malaikat
7 Makhluk2 Allah yang lain sama ada di daratan mahupun lautan

Sekarang sedarkan anda?

Ibu bapa yang mengasihi kita sering mendoakan anak2nya, orang yang memerlukan dan anak2 yatim yang pernah kita bantu juga tak lupa doakan kita, doa ikhlas datang dari hati yang tulus. Oleh itu banyakkan berbuat kebaikan dan jadilah hamba yang soleh agar anda sering didoakan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.


























Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...