Isnin, 8 Oktober 2012

Tiada Istilah Kaple Islamic !










Kisahnya

mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura

sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh

hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya

berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak

diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan

perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk

pencegah maksiat sekolah.∙∙∙


berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah



∙Beberapa tahun

tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas

pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka

orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka

berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC".







∙Asal keluar,

pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu

sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan

jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa

Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada

pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan,

perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh

qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.∙∙∙



∙Setelah setahun

mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq dit

akdirkan bertemu dengan

Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.

Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.

Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura.

"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.

"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum

mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.∙



∙"Aku

ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku

suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah

sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi,

Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila

aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh,

pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk

hospital lepas masuk Islam. ∙



∙Kalau zaman

Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi,

time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.

Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga

dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia.

Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas

tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku

vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.



Top of Form





Babi yang haram pun x bleh nak bg dia masuk islam tuk jadikan islamix…

ni cople x ke sama….

fikir-fikirkan, selamat beramal……wassalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...