Antara ciri kedai makan yang mungkin mengamalkan santau pelaris ialah :
1-pelanggan yang datang makan di kedai makan tersebut luar biasa ramainya
2-Menemui serangga ( seperti lipas, lalat ulat ) atau serpihan kuku, helaian rambut atau bulu (bulu mata atau bulu lainnya)
3-Makanan cepat basi
4-gerak geri pekerja yang mencurigakan
5-Terdapat unsur mistik di dalam kedai/restoran tersebut seperti gantungan azimat , kain kuning atau seumpamanya.
6-apabila kita menghampiri atau duduk di dalam kedai tersebut kita merasa berdebar-debar dan tak sedap hati
Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seeloknya kita mengamalkan :
1-Membaca Bismillah sebelum melangkah masuk ke kedai dan sebelum makan
2-Membaca Ayat Qursi 3x sebelum smpai kt kedai, dan hembuskan sehabis nafas. Jika benar, anda akan merasa terpaan angin di muka (khadam jin yg marah) dan seeloknya beredar dari kedai itu.
3-Sekirannya menemui rambut , bulu atau serangga cuba buang dengan menggunakan sudu sambil membaca Ayat 23 dari Surah Al-Furqan.
4-Sebaik sahaja makanan atau minuman yang di pesan diletakkan dihadap anda, Baca doa di bawah sebanyak 7 kali
بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم
Peringatan : Sekirannya memang terdapat santau pelaris dengan membaca doa di atas pinggan / gelas boleh pecah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan